CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday, September 16, 2008

Temuduga KPLI vs Temuduga Akhirat...

15 September 2008 (Isnin)
Akhirnya hari yang ku tunggu tiba juga.Rasanya majoriti orang dalam dunia ini memang tidak berapa gemar akan temuduga.

Wednesday, September 3, 2008

Salam Ramadhan

Alhamdulillah, Allah masih lagi memanjangkan umur kita untuk bertemu di bulan ramadhan kali ini.Bulan yang lebih baik dari seribu bulan. Jika kita mengetahui kelebihannya, nescaya pasti kita mengharapkan agar bulan ramadhan ini bukannya sebulan tetapi setahun.

Dari Abu Hurairah radhiallahu 'anhu: Adalah Rasulullah SAW memberi khabar gembira kepada para sahabatnya dengan bersabda, "Telah datang kepadamu bulan Ramadhan, bulan yang diberkahi. Allah mewajibkan kepadamu puasa didalamnya; pada bulan ini pintu-pintu Surga dibuka, pintu-pintu neraka ditutup dan para setan diikat; juga terdapat pada bulan ini malam yang lebih baik daripada seribu bulan, barangsiapa tidak memperoleh kebaikannya maka dia tidak memperoleh apa-apa'." (HR. Ahmad dan An-Nasa'i)

Satu perkara yang kita perhatikan bila tibanya ramadhan bermulalah Pesta Beribadah. Umumnya semua nak buat kebaikan (kalau ada yang nak buat program maksiat, tangguh dulu:- nanti lepas Ramadhan la,tak sesuai pula sekarang). Lucukan... semua manusia seolah-olah bertukar menjadi malaikat. Ada yang mengubah penampilan:-ayu berbaju kurung dan bertudung menutup aurat. Bila ditanya, hai tukar angin nampak. Jawapannya, bulan puasa kan, mestilah ikut suasana...Masjid yang selama ini mungkin hanya satu saf tiba-tiba penuh, hingga melimpah keluar.yang sebelum ni tak solat, mulai memijak rumah Allah, walaupun mungkin sekadar sembahyang tarawih.Hairan juga ya... yang sunat dibuat bersungguh-sungguh, yang wajib pula ditinggalkan .

Tapi sayangnya bila awal ramadhan saja kita lihat bersungguh-sungguh ke masjid solat tarawih.Bila sampai pertengahan ramadhan di mana dijanjikan oleh Allah pengampunan dosa, saf pun makin berkurang..bila sepuluh akhir ramadhan pula tinggallah 2 atau 3 saf sahaja. ibu2 sibuk buat persiapan raya...Anak-anak di hadapan tv menantikan tayangan2 menarik sempena lebaran. Saf di supermarket pula bertambah. Sesak sampaikan nak bergerak pun agak payah.

teringat saya satu nasyid dulu2. Ramadhan 2 zaman, dah tak berapa ingat seni katanya...

Ramadhan, satu nasib tak serupa,
Peluangnya sama natijah berbeza.

Mereka (para sahabat) gembira dengan kedatangannya
Kami (kitala ni, umat akhir zaman) gembira dengan pemergiannya
Malam mereka meriah, disimbah nur al-Quran
Tapi malam kami, di isi dengan dosa

sedap nasyid ni... kalau dihayati begitu menyentuh hati. siapalah kita ini yang sudahlah banyak dosa,banyak maksiat kurang pula beramal.Sedangkan Rasulullah dan para sahabat yang dijanjikan syurga pun masih beramal, inikan pula kita yang bau syurga pun tak dijanjikan.

Untuk diri sendiri, mudah-mudahan dlm ramadhan ini dapat dieksploitasi sepenuhnya untuk meraih berbundle2 pahala.dan yang penting sebenarnya bukan semata-mata pahala tapi mendapat keredhaan Allah dunia akhirat..